Tuesday, June 28, 2011

Aktiviti Sugus-sugus

Disaat semua sudah tido..CikMah jengah balik folder Gambarku...maka inilah kompilasi aktiviti anak-anak (sugus) CikMah...Niat dihati nak buat aktiviti seperti di tadika tu..membina minda etc. Hmmm...nak kena belajar lagi ni bagaimana nak memenuhkan jadual harian sugus dengan aktiviti yang positif..dan CikMah banyak belajar santai dari Puan Farah Farhan..CikMah kagum ngan Farah ni...tengah nak mengarang kisah sugus, terpacak jap kat blog farah..adeh...K..sambung...


Aktiviti : Tampal menampal...(sekarang dah ada glue stick, maka tak la tumpah sana sini..huhuh..rindu gam kanji tiub 10sen)
 


Adeh...gam nak kena satu sorang..

Ane dapat..yeay

Huda : Ane...tekan tekan paste





Aktiviti : Tengok go-kart ...(dari jauh jer k..dekat-dekat, ane seram bunyi)

Berhenti seketika : pit stop dari majlis harijadi anak Pia ke rumah Elly tengok baby

Stadium Shah Alam

Ane nak naik jugak

Broadband...hampehs

Lama amat dah tak CikMah tak update blog..bak kata orang, bersawang dah...
black spidey dah penuh dah pon..
Alasannya, tak kuasa nak melayan broadband yang tak menentu speedometernya..sangat menguji kesabaran. Baru on 2-3 minit dah internet connection problemo. 
Ha...ini ayat-ayat cinta pening CikMah dah muncul.
En. Gewe mintak CikMah survey apa yang sesuai..nak upgrade ke atau subscribe service provider yang lain..
Hmmm...nak kena cuba mencuba la ni..
Nak pakai yang S, kang balik kampung terlopong...
Yang U,? cam best jugak kan...residential jugak kan?
Yang M, jiran2 kata elok jer..tak cuba pun lagi..
Yang C ni? tengah hampeh..kejap lampu ijau, kejap biru...ke nak kena upgrade ni?
Mari kita mengkaji ok. muahs.

Friday, June 10, 2011

Hepi Born Day : Wan Ahmad Arsyad

Tarikh : 26 April 2011
Lokasi : UIAM

Selamat Hari Lahir puteraku Wan Ahmad Arsyad bin Amir Zahiruddin..
Dah  empat (4) tahun umur hero ku ini..Cepatnya masa berlalu..Rasa cam pengalaman kat Labor Room tu segar lagi..ingat lagi pandangan pertama Ane Arsyad kat dewan bersalin Hospital Putrajaya..Hmmm...


Biasanya setiap tahun ada kek untuk Ane..kerana sambut sekali dengan sepupunya yang beza cuma 8 hari..Jadi, kakak CikMah lah yang selalu anjurkan majlis makan-makan adik beradik tu..tapi, tahun ni kami nak buat privacy sikit..ada hal sikit..istimewa buat Wan Ahmad Arsyad.

Macam-macam perancangan di buat untuk menjayakan agenda tersembunyi sempena meraikan Ane Arsyad..Nak dok tepi sungai, nak dok tepi tasik..dan akhirnya, berlakulah kejadian makan-makan di cafe Engineering UIAM..Dah lewat juga kami keluar malam tu..

Erm..perkara pertama adalah BUANG BOTOL SUSU..oh tidak..nak buat keputusan buang botol ni, CikMah dan gewe dok bertimbang tara dah lama jugak..sekejap CikMah kata, nanti dulu...sekejap gewe kata tinggalkan satu..sekejap muafakat, buang semua..sebenarnya tak sanggup nak mendengar amukan Ane bila takde susu..tapi tak kira lah..apa nak jadi jadi lah..

sepakat : BUANG SEMUA ok..dan itu Ane yang buang sendiri dalam tong sampah besar dan tengok lori sampah angkut botol-botol dia..selesai..dan sebagai penghargaan..jom makan-makan..seadanya..


Sepotong kek pun jadi la ek..yang penting misi tercapai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...