Thursday, January 6, 2011

Tahun 2011 - apa nak buat

Nah...sekarang bermula lah cabaran buat CikMah untuk menulis..bukan sekadar luahan hati dan jurnal harian, tapi juga berkongsi ilmu dan pendapat..sebenarnya azam CikMah tahun ini lebih kepada mencabar diri sendiri untuk melakukan apa yang CikMah tak pernah buat...apa yang sebelum ini CikMah rasa tak mampu buat..bukan apa, CikMah rasa macam otak ni dah beku..


Dah dua tahun CikMah jadi surirumah tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan (pada pandangan sesetengah orang)..tapi CikMah tetap BANGGA kerana dapat membesarkan hero dan heroin ni...biarlah apa orang nak kata....kan kan kan..syok sendiri.


Maka, dengan menginjak umur ni, CikMah nak cabar diri merealisasikan angan-angan yang terpendam..erk..panjang pulak kisah al-kisahnya ni..ni kira nak join contest ninie lah ni..ni cabaran untuk suku tahun pertama 2011..







begitulah sedikit sebanyak apa yang nak CikMah buat..soal yang lelain seperti keluarga, anak-anak, amal ibadah itu adalah azam setiap hari..yang pasti..yang wajib...kita semua mahukan yang terbaik kan..InsyaAllah apa yang kita impikan akan diberkati Allah.





p/s : Ninie..ni 1st contest ni sejak berblog..hahaha..kiranya hang ni sifoo ambo la ek.muah.

Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof

Ingatkan petang ni CikMah nak buat entry tentang Tahun Baru 2011..
Bila on FB, teman CikMah - Mohd Anwar Aminon letak status tentang kembalinya pelakon Faizal Yusof ke rahmatullah hari ni..kerana serangan sakit jantung..
CikMah google, jumpa banyak entry dah..dari blog manismanismasam dibawa ke FB Nas Ahmad

CikMah mula tertarik dengan lakonan arwah dalam drama Neon..Gewe CikMah pun suka tengok drama arwah..sekarang, drama lakonan arwah yang sedang on air kat TV3 adalah Tiramisu (jam 6.30ptg)..

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Friday, December 31, 2010

Disember 2010

31 Dis : Tinggal beberapa minit sahaja lagi 2010 akan melabuhkan tirai..Sana sini orang berbicara mengenai azam..azam, cita-cita dan harapan...sesiapa pun boleh isytiharkan azam mereka..soalnya, bagaimana cara untuk melaksanakan..
Semoga hadirnya 2011 memberi sinar harapan bagi cik mah dan kita semua..yang nyata, blog ini akan cik mah jadikan penguat semangat, platform untuk cik mah capai apa yg diimpikan...
Selamat Tahun Baru..

November 2010

10 Nov : Gewe Cik Mah dengan baik hatinya telah membelikan camera untuk Cik Mah..tak mahal dan tak murah pun..Hadiah belated birthday katanya...erk..bedday Cik Mah bulan Ogos la u..hahaha..papepun..terima kasih bebanyak my dear Gewe..mahal tu..


17 Nov : Selamat Hari Raya AidilAdha...di Kelate kay..Kami sekeluarga buat ibadah korban pada hari raya ke-2. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar, cuaca cerah..apa yang penting, kerjasama...

Oktober 2010

2 Okt : Majlis Bertandang..Segamat..gewe Cik Mah tak dapat ikut..kena bertugas sempena Majlis Konvokesyen UIAM..Ramai keluarga yang turut serta..terima kasih makcik pakcik sepupu sepapat..kehadiran kalian memang memeriahkan rombongan ini..layannnn...

September 2010

Ahahaha...sempat ke cik mah menghabiskan kisah 2010 sebelum 01/01/2011..
Kita tunggu dan lihat..


Selamat Hari Raya 2010, beraya di Melaka..mana gambar semua? kat dalam komputer Sg Merab la pulak..tapi tak mengapa..kira nya simpan untuk tatapan peribadi lah ye..


18/9 : Majlis Pernikahan dan Kenduri Perkahwinan adik cik mah..Che Su namanya..adik ipar cik mah ni orang Segamat..hmm..Selamat segalanya..cik mah ada buat hantaran jugak..touch up mana yang patut jer..kisah hantaran tu akan cik mah letak lain hari...satu entry khas akan menanti..apa pun, Che Su dan Ayah Su..Selamat eh, jangan nakal nakal...layannn
















Tahun 2000 (betul dah tu) Cik Mah jadi kakak fasi di Kedah..Adik Naim (ketua kumpulan) ni adalah adik fasi Cik Mah ..dan sekarang dah jadi Pensyarah..dah ada anak pun...
terima kasih Naim & Isteri kerana sudi singgah kenduri Che Su..

Thursday, December 30, 2010

Ogos 2010

1 Ogos : Selamat Hari Lahir Cik Mah...yang ke-30..upsss...dah masuk 30 dah ek..terima kasih buat Ayah dan Where..masuk 30 pun masih di bawah pengawasan Ayah dan Where..terima kasih..erm..ada kek ke idak ek tahun ni..jap jap...tiada gambar dalam koleksi..



10 Ogos : Bermulalah aksi kerastangan cik mah...erm..saje nak mengasah bakat, buat felt HP Charm..bahan dah lama dah beli dari SUS, cuma nak buat tu jer yang lambat sket..ni kira sempena nak buat goodies untuk perkahwinan Che Su (walaupun dia tak mintak, cik mah nak syok sendiri nak sponsor)...

Amacam??? percubaan pertama...boleh la ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...