Friday, March 11, 2011

Ubat Gigi Anak

Soalan : Ubat gigi yang mana untuk Arsyad dan Huda? Berflorida kah atau tiada florida..kemudian ada pulak yang mengandungi xylitol..mana satu yang patut di gunakan oleh sugus-sugus ku itu? Kemusykilan menjelma di kotak fikiran CikMah ni..yang mana satu yang elok..ada kata harus ada florida..ada plak tak payah pon...huhuhuhu..maka, mari kita jenguk sana baca sini..nanti bila jumpa dentist kita tanya pula apa pendapat dentist..(p/s: rindunya kat Klinik Ooi&Khor...Dr.Khor lah...)

Mengapa perlu ubat gigi berflorida? InfoSihat


Kerana florida boleh membantu mencegah kerosakan gigi. Walaubagaimanapun, apa sahaja yang di ambil berlebihan pasti ada mudaratnya. Pengambilan florida berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan luar gigi. Anak-anak biasanya suka pada perisa ubat gigi dan mereka lebih cenderung untuk menelan ubat gigi tu. (anak-anak CikMah pun suka buat camtu).




Apa itu Xylitol?


Xylitol pula dikatakan mampu mencegah kerosakan gigi dan memelihara kesihatan gigi


Ikut pemahaman CikMah, anak-anak yang ada potensi untuk menghadapi masalah kaviti/karies dinasihatkan mengambil ubat gigi berflorida..tapi perlu di awasi penggunaannya, bimbang terlebih tertelan..hmmm..rumit jugak tu..


P/s : baru jer beli ubat gigi terbaru...safi kids..ubat gigi halal mengandungi kalsium, tanpa florida &gula..perisa bubble gum.

Monday, March 7, 2011

Susu Masam - episod 2


Nampaknya...taktik limau nipis kurang membuahkan hasil..tanpa rasa bersalah, Huda meminta CikMah cuci dulu..Mula-mula CikMah tak layan permintaan dia tu..tapi CikMah tak tahan dengar wisel dia yang tak ada beza nyaringnya dengan wisel Keretapi Antarabandar KL-Wakaf Bharu tu..tak tahan..tak tahan..tak tahan...Jadi??? Apa tindakan CikMah???...buat masa sekarang CikMah akan teruskan dengan limau nipis tu jugak..sekurang-kurangnya, bau limau tu tak lah memeningkan kepala CikMah..muah.

Thursday, March 3, 2011

Susu Masam

Kembali bersiaran...Dah lama tidak bersiaran, CikMah kembali dengan kisah yang mendung..semendung cuaca hari ini...suram..

CikMah sebak, sedih..apakah ini yang CikMah inginkan..tapi beratnya nak merelakan..Ini kes nak ceraikan susu lah ni..hihihi..takder la terdesak..cuma perlahan lahan..lagipun apa nak dikejar..CikMah memang 24jam bersama Nurul Huda..sekarang huda baru 2thn 2bulan..

Cara-caranya :
Sesaja eksperimen..CikMah pernah tampal tape..konon-konon B (huda panggil susu lemak manis) ummi dia sakit...huhuhu..dia tanggalkan sesatu tape tu..dan dia cakap "ummi...dah baik..."

Kemudian cara kedua, CikMah sapukan nescafe..dia nenen, dia cakap "ummi...kopi ah kopi..."Dah habis rasa kopi tu Huda teruskan aktiviti menyusu dia..huhuhu..

Dan hari ni, CikMah buat tea o limau..terpandang limau nipis tu..hmm...apakata kita sapu lak limau ni, mari kita lihat siapa yang kena..jam 12.00 tengahari, Huda nak lagi...erk..."ummi...masam ah..apa tu ummi..."...tup tup dia mintak sebelah lagi...Nasib baik CikMah dah sapu dedua.."ummi!!!...masam ah...tak nak ah.." Ok..nampak macam misi berjaya nih..

Tetapi...jam 2.30petang Huda dah mula gelisah..tarik-tarik baju CikMah...dia datang dekat, sambil mulut bising sebut masam..masam..masam...Huda tido, jam 4 petang...kesian dia..biasanya jam 4 petang tu adalah tidur round 2 dah...

Saat itulah, CikMah rasa sedih sangat...risau jugak hilang bonding yang unik tu..Adakah CikMah dah bersedia?Bersedia untuk lepaskan keakraban itu, bersedia untuk bawa bekal susu dan air panas kesana sini...huhuhu...

Malamnya...Huda dengan bangganya mengambil tuala muka CikMah dan lap kan tempat masam tu..huhuhu...maka, berjaya dia...sebelah jer tau..sebelah lagi CikMah sempat double layer limau tu...hahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...