Friday, March 11, 2011

Ubat Gigi Anak

Soalan : Ubat gigi yang mana untuk Arsyad dan Huda? Berflorida kah atau tiada florida..kemudian ada pulak yang mengandungi xylitol..mana satu yang patut di gunakan oleh sugus-sugus ku itu? Kemusykilan menjelma di kotak fikiran CikMah ni..yang mana satu yang elok..ada kata harus ada florida..ada plak tak payah pon...huhuhuhu..maka, mari kita jenguk sana baca sini..nanti bila jumpa dentist kita tanya pula apa pendapat dentist..(p/s: rindunya kat Klinik Ooi&Khor...Dr.Khor lah...)

Mengapa perlu ubat gigi berflorida? InfoSihat


Kerana florida boleh membantu mencegah kerosakan gigi. Walaubagaimanapun, apa sahaja yang di ambil berlebihan pasti ada mudaratnya. Pengambilan florida berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan luar gigi. Anak-anak biasanya suka pada perisa ubat gigi dan mereka lebih cenderung untuk menelan ubat gigi tu. (anak-anak CikMah pun suka buat camtu).




Apa itu Xylitol?


Xylitol pula dikatakan mampu mencegah kerosakan gigi dan memelihara kesihatan gigi


Ikut pemahaman CikMah, anak-anak yang ada potensi untuk menghadapi masalah kaviti/karies dinasihatkan mengambil ubat gigi berflorida..tapi perlu di awasi penggunaannya, bimbang terlebih tertelan..hmmm..rumit jugak tu..


P/s : baru jer beli ubat gigi terbaru...safi kids..ubat gigi halal mengandungi kalsium, tanpa florida &gula..perisa bubble gum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...