CikMah sebak, sedih..apakah ini yang CikMah inginkan..tapi beratnya nak merelakan..Ini kes nak ceraikan susu lah ni..hihihi..takder la terdesak..cuma perlahan lahan..lagipun apa nak dikejar..CikMah memang 24jam bersama Nurul Huda..sekarang huda baru 2thn 2bulan..
Cara-caranya :
Sesaja eksperimen..CikMah pernah tampal tape..konon-konon B (huda panggil susu lemak manis) ummi dia sakit...huhuhu..dia tanggalkan sesatu tape tu..dan dia cakap "ummi...dah baik..."
Kemudian cara kedua, CikMah sapukan nescafe..dia nenen, dia cakap "ummi...kopi ah kopi..."Dah habis rasa kopi tu Huda teruskan aktiviti menyusu dia..huhuhu..
Dan hari ni, CikMah buat tea o limau..terpandang limau nipis tu..hmm...apakata kita sapu lak limau ni, mari kita lihat siapa yang kena..jam 12.00 tengahari, Huda nak lagi...erk..."ummi...masam ah..apa tu ummi..."...tup tup dia mintak sebelah lagi...Nasib baik CikMah dah sapu dedua.."ummi!!!...masam ah...tak nak ah.." Ok..nampak macam misi berjaya nih..
Tetapi...jam 2.30petang Huda dah mula gelisah..tarik-tarik baju CikMah...dia datang dekat, sambil mulut bising sebut masam..masam..masam...Huda tido, jam 4 petang...kesian dia..biasanya jam 4 petang tu adalah tidur round 2 dah...
Saat itulah, CikMah rasa sedih sangat...risau jugak hilang bonding yang unik tu..Adakah CikMah dah bersedia?Bersedia untuk lepaskan keakraban itu, bersedia untuk bawa bekal susu dan air panas kesana sini...huhuhu...
Malamnya...Huda dengan bangganya mengambil tuala muka CikMah dan lap kan tempat masam tu..huhuhu...maka, berjaya dia...sebelah jer tau..sebelah lagi CikMah sempat double layer limau tu...hahahaha...
No comments:
Post a Comment