InsyaAllah, Imam Masjidil Haram Dr. Rahman Sudais akan mengimamkan solat maghrib & Isyak di Masjid UIA Gombak malam ini, kalu teringin nak "feel" macam solat kat Mekah semua dijemput hadir- (confirmation dari pihak masjid setakat pukul 2 ptg tadi jika ada latest news akan di update)
CikMah pun dengan pantas YM Pokjak (abe sulung CikMah), bagitau maklumat ni..dan seperti yang dijangka dia memang amat excited..tujuannya, CikMah nak mintak dia bagitau Ayoh dan Wea jugak..Untuk pengesahan, CikMah selongkar wall Ustaz Din (jiran tetangga dan petugas Masjid UIA)..
SAH!!!! Maklumat tepat pada saat tu..Dengan pantas PokJak pergi angkat Ayoh Wea dan Mammy Julia terus ke UIA..mereka terus ke masjid...Alhamdulillah...sebaik tiba di masjid, Sheikh Sudais pun tiba.maka, dapatla Ayoh bersalaman dan berpelukan ngan Sheikh Sudais..CikMah amat berbesar hati (walau tak dapat p masjid) dan sebenarnya sebak bila Ayoh, Wea, PokJak, Mammy Ju, Atta dapat berjemaah bersama Sheikh Sudais...kata Ayoh, p Mekah pun tak dapat nampak kelibat Sheikh Sudais tu..
Alhamdulillah...Syukur pada Mu Ya Allah atas anugerah kesempatan yang amat berharga ni bagi kedua ibubapa ku...
Dan...Atta, tak bawa kamera...PokJak kata camera dia abis KODAK (abis bateri tuuu)...dan owner TAB, dok saf perempuan...ahahaha...amat gembira dan terkedu sampai tak tau nak buat apa...tak amik gambar pun..sedangkan pelajar-pelajar luar negara tak berhenti-henti bergambar....dah selesai majlis baru la perasan takda gambar pun..Ayoh dah duduk dalam bilik VIP pun tak bergambar...adeh la...apa kes...hanya ini yang dapat diselamatkan..sket je kelibat ayoh...
Tuuu Ayoh..baju hijau..ni video yang CikMah crop imej je.. |
No comments:
Post a Comment