Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Lahir...Fatin & Fawzan

Tarikh Majlis : 24.04.2011
Lokasi : KFC Extreme Park, Shah Alam

Lama sungguh rasanya tak berpeluang menghadiri majlis sambutan hari jadi kawan-kawan..Kalau setakat majlis potong kek kaum keluarga tu dah selalu sangat dah..Hari sebelumnya, ada juga teman UIA yang buat majlis. Tak sempat juga nak berkejar ke Sg.Buloh tu..Maaf yer AFMI..frust jugak..tapi apa nak buat..tuntutan tugasan si gewe CikMah perlu didahulukan.

Maka..ni lah majlis hari jadi Fatin & Fawzan..permata hati teman baik CikMah..SufiaAdam (kenal sejak darjah 1..sekelas di Naim Lilbanat) ..Meriah betul majlis..siap bertema biru putih plak..ocean gitu..

Seronok betul anak-anak CikMah..rasanya seperti ni pertama kali bawa mereka ke majlis sedemikian..tetapi..keseronokan mereka tersentap seketika dengan kehadiran pokcik Chicky..takut pulak..yang CikMah kompius tu, dulu Arsyad langsung tak leh dekat ngan makhluk sebegini..Huda dulu ok jer..tapi skang Huda plak yang terlebih seram..erm...perubahan lagi..





 


Yang paling best...dapat jumpa teman-teman sekolah dulu..seronok nya..kira merangkap mini reunion jugak la ni..seronok seronok seronok...sume dah remaja tua..tapi bila dah berkumpul, rasa cam kanak-kanak lagi..bahaya tuu..



Selamat Hari Lahir Fatin & Fawzan..Semoga jadi anak-anak soleh dan solehah..
permata hati Nik&Sufia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...