Thursday, March 3, 2011

Susu Masam

Kembali bersiaran...Dah lama tidak bersiaran, CikMah kembali dengan kisah yang mendung..semendung cuaca hari ini...suram..

CikMah sebak, sedih..apakah ini yang CikMah inginkan..tapi beratnya nak merelakan..Ini kes nak ceraikan susu lah ni..hihihi..takder la terdesak..cuma perlahan lahan..lagipun apa nak dikejar..CikMah memang 24jam bersama Nurul Huda..sekarang huda baru 2thn 2bulan..

Cara-caranya :
Sesaja eksperimen..CikMah pernah tampal tape..konon-konon B (huda panggil susu lemak manis) ummi dia sakit...huhuhu..dia tanggalkan sesatu tape tu..dan dia cakap "ummi...dah baik..."

Kemudian cara kedua, CikMah sapukan nescafe..dia nenen, dia cakap "ummi...kopi ah kopi..."Dah habis rasa kopi tu Huda teruskan aktiviti menyusu dia..huhuhu..

Dan hari ni, CikMah buat tea o limau..terpandang limau nipis tu..hmm...apakata kita sapu lak limau ni, mari kita lihat siapa yang kena..jam 12.00 tengahari, Huda nak lagi...erk..."ummi...masam ah..apa tu ummi..."...tup tup dia mintak sebelah lagi...Nasib baik CikMah dah sapu dedua.."ummi!!!...masam ah...tak nak ah.." Ok..nampak macam misi berjaya nih..

Tetapi...jam 2.30petang Huda dah mula gelisah..tarik-tarik baju CikMah...dia datang dekat, sambil mulut bising sebut masam..masam..masam...Huda tido, jam 4 petang...kesian dia..biasanya jam 4 petang tu adalah tidur round 2 dah...

Saat itulah, CikMah rasa sedih sangat...risau jugak hilang bonding yang unik tu..Adakah CikMah dah bersedia?Bersedia untuk lepaskan keakraban itu, bersedia untuk bawa bekal susu dan air panas kesana sini...huhuhu...

Malamnya...Huda dengan bangganya mengambil tuala muka CikMah dan lap kan tempat masam tu..huhuhu...maka, berjaya dia...sebelah jer tau..sebelah lagi CikMah sempat double layer limau tu...hahahaha...

Sunday, January 23, 2011

Happy Born Day : Wan Nurul Huda

Tanggal 18 Januari 2009, puteri kami Wan Nurul Huda bin Amir Zahiruddin selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya..Huda ni, kalau mengikut kata Dada a.k.a (atuknya) adalah special girl..dilahirkan melalui pembedahan kecemasan berikutan 'cord prolapse'..Alhamdulillah, semuanya selamat dengan bantuan dan tindakan pantas misi dan doctor di Putrajaya..

Dan 18 Januari 2011, genaplah umur Huda, 2 tahun..kali ni CikMah teringin sangat nak buat majlis makan-makan, potong kek..kalau ikutkan Huda tak tahu pun hari ni birthday dia...hehehe...tapi CikMah sebenarnya lebih kepada nak celebrate Graduation Day of Breastfeeding..satu perasaan yang boleh dikongsi bersama ibu-ibu BF tegar yang lain..Kata gewe CikMah, Double Degree..why? kerana CikMah direct BF...takder EBM, sebabnya CikMah housewife..hehehe..

Maka, sambutan potong kek pun di adakan pada 20 Januari (Thaipusam Day)...
di rumah Ibu angkat CikMah..kenapa di sana? kerana CikMah tak pernah buat majlis makan-makan sebelum ni..Terima kasih Ibu, adik, kakak kerana menjadi penganjur..terima kasih anak2 ibu yang lain kerana sudi memeriahkan majlis..terutamanya CikNadia dan keluarga..shukran..



Kek Birthday Huda...tapi rupanya cam kek kawin gitu...merangkap kek ulangtahun perkahwinan Ummi dan Atta yang ke-5


Birthday Girl...jauh merenung masa depan..moga menjadi anak solehah..InsyaAllah

Wednesday, January 12, 2011

Kraftangan VS Kerastangan

CikMah dalam proses untuk mencuci bersih external hard disk CikMah..pelbagai folder ada..sangat banyak..maka harus padam yang mana yang tak berkenaan..

Tetiba terpandang folder Kerastangan ku..hmm..menarik untuk dikongsi bersama..
Bukan apa, CikMah rasa rindu pulak nak berkreatif ni..
Koleksi gambar yang ada..hantaran pertunangan CikMah, hantaran perkahwinan CikMah, hantaran pertunangan adik-adik CikMah, hantaran perkahwinan adik-adik CikMah, dan juga HP Charm..CikMah perasan dah chantek habis dah ni..hahaha..apa pendapat kalian..








Erk...sila abaikan anak kecil tu..anak siapa la tu..taraaa...hantaran pertunangan CikMah...bajet kecil, maka tak ada lah bling bling











Keterangan gambar di atas...al-kesahnya..hantaran perkahwinan CikMah..errm..bertarikh 22/01/2006








erm...ini hantaran pertunangan adinda CikMah..kek itu amat menggiurkan..



CikMah suka sangat baju MatJu and Ida ni..sesatunya adik lelaki CikMah..





Hantaran oren gold gitu..meriah...
apa pun kek cosway, halwa cosway, set mandian cosway...tetap menjadi pojaan

Thursday, January 6, 2011

Tahun 2011 - apa nak buat

Nah...sekarang bermula lah cabaran buat CikMah untuk menulis..bukan sekadar luahan hati dan jurnal harian, tapi juga berkongsi ilmu dan pendapat..sebenarnya azam CikMah tahun ini lebih kepada mencabar diri sendiri untuk melakukan apa yang CikMah tak pernah buat...apa yang sebelum ini CikMah rasa tak mampu buat..bukan apa, CikMah rasa macam otak ni dah beku..


Dah dua tahun CikMah jadi surirumah tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan (pada pandangan sesetengah orang)..tapi CikMah tetap BANGGA kerana dapat membesarkan hero dan heroin ni...biarlah apa orang nak kata....kan kan kan..syok sendiri.


Maka, dengan menginjak umur ni, CikMah nak cabar diri merealisasikan angan-angan yang terpendam..erk..panjang pulak kisah al-kisahnya ni..ni kira nak join contest ninie lah ni..ni cabaran untuk suku tahun pertama 2011..







begitulah sedikit sebanyak apa yang nak CikMah buat..soal yang lelain seperti keluarga, anak-anak, amal ibadah itu adalah azam setiap hari..yang pasti..yang wajib...kita semua mahukan yang terbaik kan..InsyaAllah apa yang kita impikan akan diberkati Allah.





p/s : Ninie..ni 1st contest ni sejak berblog..hahaha..kiranya hang ni sifoo ambo la ek.muah.

Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof

Ingatkan petang ni CikMah nak buat entry tentang Tahun Baru 2011..
Bila on FB, teman CikMah - Mohd Anwar Aminon letak status tentang kembalinya pelakon Faizal Yusof ke rahmatullah hari ni..kerana serangan sakit jantung..
CikMah google, jumpa banyak entry dah..dari blog manismanismasam dibawa ke FB Nas Ahmad

CikMah mula tertarik dengan lakonan arwah dalam drama Neon..Gewe CikMah pun suka tengok drama arwah..sekarang, drama lakonan arwah yang sedang on air kat TV3 adalah Tiramisu (jam 6.30ptg)..

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Friday, December 31, 2010

Disember 2010

31 Dis : Tinggal beberapa minit sahaja lagi 2010 akan melabuhkan tirai..Sana sini orang berbicara mengenai azam..azam, cita-cita dan harapan...sesiapa pun boleh isytiharkan azam mereka..soalnya, bagaimana cara untuk melaksanakan..
Semoga hadirnya 2011 memberi sinar harapan bagi cik mah dan kita semua..yang nyata, blog ini akan cik mah jadikan penguat semangat, platform untuk cik mah capai apa yg diimpikan...
Selamat Tahun Baru..

November 2010

10 Nov : Gewe Cik Mah dengan baik hatinya telah membelikan camera untuk Cik Mah..tak mahal dan tak murah pun..Hadiah belated birthday katanya...erk..bedday Cik Mah bulan Ogos la u..hahaha..papepun..terima kasih bebanyak my dear Gewe..mahal tu..


17 Nov : Selamat Hari Raya AidilAdha...di Kelate kay..Kami sekeluarga buat ibadah korban pada hari raya ke-2. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar, cuaca cerah..apa yang penting, kerjasama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...