Friday, December 2, 2011

Kemana Menghilang?? Ada yang mencari kah?

Kemana CikMah hilang ek..

Ada jer..cuma kurang sikit online nyer..rentetan kelembapan broadband, kelip-kelip skrin laptop CikMah yang mana keduanya masih begitu sampai sekarang..yang buat CikMah lemau nak online dan update blog yang slalu akan menguji kesabaran.

Dan juga, CikMah kat kampung gewe CikMah..tolong memeriahkan rumah di kampung..rentetan Ibu Mertua ku(Mak), mengalami kemalangan di rumah..kisah kejadian dan perkembangan terkini kesihatan Mak, CikMah alkisahkan di slot alkisah yang lain.

Di bulan Disember ni, cam biasa lah...kira penggulungan alkisah la yea..rajin sungguh la CikMah ni ek kira buat gulung-gulung la terus..Sekadar untuk imbas kembali jugak la..Bahagian pertama muhasabah, kira-kira apa yang telah dilakukan dan berlaku sepanjang tahun ni..

Memori.

Saya Suka Merah

Tuesday, June 28, 2011

Aktiviti Sugus-sugus

Disaat semua sudah tido..CikMah jengah balik folder Gambarku...maka inilah kompilasi aktiviti anak-anak (sugus) CikMah...Niat dihati nak buat aktiviti seperti di tadika tu..membina minda etc. Hmmm...nak kena belajar lagi ni bagaimana nak memenuhkan jadual harian sugus dengan aktiviti yang positif..dan CikMah banyak belajar santai dari Puan Farah Farhan..CikMah kagum ngan Farah ni...tengah nak mengarang kisah sugus, terpacak jap kat blog farah..adeh...K..sambung...


Aktiviti : Tampal menampal...(sekarang dah ada glue stick, maka tak la tumpah sana sini..huhuh..rindu gam kanji tiub 10sen)
 


Adeh...gam nak kena satu sorang..

Ane dapat..yeay

Huda : Ane...tekan tekan paste





Aktiviti : Tengok go-kart ...(dari jauh jer k..dekat-dekat, ane seram bunyi)

Berhenti seketika : pit stop dari majlis harijadi anak Pia ke rumah Elly tengok baby

Stadium Shah Alam

Ane nak naik jugak

Broadband...hampehs

Lama amat dah tak CikMah tak update blog..bak kata orang, bersawang dah...
black spidey dah penuh dah pon..
Alasannya, tak kuasa nak melayan broadband yang tak menentu speedometernya..sangat menguji kesabaran. Baru on 2-3 minit dah internet connection problemo. 
Ha...ini ayat-ayat cinta pening CikMah dah muncul.
En. Gewe mintak CikMah survey apa yang sesuai..nak upgrade ke atau subscribe service provider yang lain..
Hmmm...nak kena cuba mencuba la ni..
Nak pakai yang S, kang balik kampung terlopong...
Yang U,? cam best jugak kan...residential jugak kan?
Yang M, jiran2 kata elok jer..tak cuba pun lagi..
Yang C ni? tengah hampeh..kejap lampu ijau, kejap biru...ke nak kena upgrade ni?
Mari kita mengkaji ok. muahs.

Friday, June 10, 2011

Hepi Born Day : Wan Ahmad Arsyad

Tarikh : 26 April 2011
Lokasi : UIAM

Selamat Hari Lahir puteraku Wan Ahmad Arsyad bin Amir Zahiruddin..
Dah  empat (4) tahun umur hero ku ini..Cepatnya masa berlalu..Rasa cam pengalaman kat Labor Room tu segar lagi..ingat lagi pandangan pertama Ane Arsyad kat dewan bersalin Hospital Putrajaya..Hmmm...


Biasanya setiap tahun ada kek untuk Ane..kerana sambut sekali dengan sepupunya yang beza cuma 8 hari..Jadi, kakak CikMah lah yang selalu anjurkan majlis makan-makan adik beradik tu..tapi, tahun ni kami nak buat privacy sikit..ada hal sikit..istimewa buat Wan Ahmad Arsyad.

Macam-macam perancangan di buat untuk menjayakan agenda tersembunyi sempena meraikan Ane Arsyad..Nak dok tepi sungai, nak dok tepi tasik..dan akhirnya, berlakulah kejadian makan-makan di cafe Engineering UIAM..Dah lewat juga kami keluar malam tu..

Erm..perkara pertama adalah BUANG BOTOL SUSU..oh tidak..nak buat keputusan buang botol ni, CikMah dan gewe dok bertimbang tara dah lama jugak..sekejap CikMah kata, nanti dulu...sekejap gewe kata tinggalkan satu..sekejap muafakat, buang semua..sebenarnya tak sanggup nak mendengar amukan Ane bila takde susu..tapi tak kira lah..apa nak jadi jadi lah..

sepakat : BUANG SEMUA ok..dan itu Ane yang buang sendiri dalam tong sampah besar dan tengok lori sampah angkut botol-botol dia..selesai..dan sebagai penghargaan..jom makan-makan..seadanya..


Sepotong kek pun jadi la ek..yang penting misi tercapai

Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Lahir...Fatin & Fawzan

Tarikh Majlis : 24.04.2011
Lokasi : KFC Extreme Park, Shah Alam

Lama sungguh rasanya tak berpeluang menghadiri majlis sambutan hari jadi kawan-kawan..Kalau setakat majlis potong kek kaum keluarga tu dah selalu sangat dah..Hari sebelumnya, ada juga teman UIA yang buat majlis. Tak sempat juga nak berkejar ke Sg.Buloh tu..Maaf yer AFMI..frust jugak..tapi apa nak buat..tuntutan tugasan si gewe CikMah perlu didahulukan.

Maka..ni lah majlis hari jadi Fatin & Fawzan..permata hati teman baik CikMah..SufiaAdam (kenal sejak darjah 1..sekelas di Naim Lilbanat) ..Meriah betul majlis..siap bertema biru putih plak..ocean gitu..

Seronok betul anak-anak CikMah..rasanya seperti ni pertama kali bawa mereka ke majlis sedemikian..tetapi..keseronokan mereka tersentap seketika dengan kehadiran pokcik Chicky..takut pulak..yang CikMah kompius tu, dulu Arsyad langsung tak leh dekat ngan makhluk sebegini..Huda dulu ok jer..tapi skang Huda plak yang terlebih seram..erm...perubahan lagi..





 


Yang paling best...dapat jumpa teman-teman sekolah dulu..seronok nya..kira merangkap mini reunion jugak la ni..seronok seronok seronok...sume dah remaja tua..tapi bila dah berkumpul, rasa cam kanak-kanak lagi..bahaya tuu..



Selamat Hari Lahir Fatin & Fawzan..Semoga jadi anak-anak soleh dan solehah..
permata hati Nik&Sufia

Saturday, April 23, 2011

Kursus Asas Menjahit Baju Kurung

Asalnya nak buat entry kelas menjahit ni..tup-tup ada event besar (Sheikh Sudais tu ler)..update alkisah Sheikh dulu lah..dan kembali ke tujuan asal...Semasa CikMah buat entry untuk Apa Nak Buat-2011, ada dikisahkan tentang belajar menjahit..nah sudah tiba masanya...9&10 April 2011 , CikMah mengikuti kelas menjahit anjuran Kak Yati dari TikFashion ..

Kursus Asas Menjahit Baju Kurung..diadakan di rumah CikMah..sewaktu CikMah mendaftar dulu (Januari), Kak Yati masih menawarkan khidmat kursus dari rumah ke rumah..Sekarang ni tak pasti pulak, kalau weekday ok kot..Kalau dilihat dari jadual Kak Yati, memang tak menang tangan..penuh je sepanjang minggu..dan sekarang dah anjurkan bengkel, ramai la boleh belajar nanti...

Awalnya, CikMah takut dan seram jugak nak memulakan kelas..Bak kata Kak Yati..mulakan dengan doa..erk..dah lama dah CikMah tak guna mesin jahit..kali terakhir masa Tingkatan 3, buat folio Kemahiran Hidup..CikMah juga langsung tak pernah belajar menjahit..sekadar di sekolah dulu je lah..tapi Kak Yati cakap, CikMah boleh..hmm...motivasi sket..Kelakar lak rasanya bila KaK Yati cakap, tekan pedal cam kereta..tapi jangan risau tekan pedal mesin jahit, tak ada lori kat depan..wakakaka...(coz CikMah dah berpeluh seram sejuk nak mula menjahit)

 
Hari 1 - Baju dah siap, kain dah potong

Mata Lalat - tapi mcm2 mata ada...mata dinosour pun ada..huhuhu


Jahit getah pinggang..mencabar..cam serabai jer..leh improve..


Hari 2 - Sket jer lagi..tang leher tu..ada sijil tu..
Misi seterusnya..beli kain..latih tubi..baru lah boleh mara step seterusnya..jom jom jom..yang penting nak hadam dulu cara potong, cantum..ok..nantikan perkembangan seterusnya..


p/s : terima kasih Kak Yati ..jauh datang sampai Gombak..banyak lagi nak berguru ngan akak..muah





Friday, April 22, 2011

Imam of Masjidil Haram Makkah, Sheikh Abdurrahman As-Sudais at IIUM Mosque, Gombak. -Siri2

Ehsan dari Ustaz Mohd Din melalui Bro.AwoPRO..
maka inilah antara gambar yang ditunggu-tunggu oleh Ayoh dan keluarga CikMah..
memula kita tengok Ayoh dulu ek..

Ahlan wasahlan Sheikh..(erk..apa agaknya yang Ayoh bisik kat Sheikh ya)
Menyambut ketibaan Sheikh Sudais
p/s : Ayoh senyum temeweh..sukar nak digambarkan gembiranya..Alhamdulillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...