Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Lahir...Fatin & Fawzan

Tarikh Majlis : 24.04.2011
Lokasi : KFC Extreme Park, Shah Alam

Lama sungguh rasanya tak berpeluang menghadiri majlis sambutan hari jadi kawan-kawan..Kalau setakat majlis potong kek kaum keluarga tu dah selalu sangat dah..Hari sebelumnya, ada juga teman UIA yang buat majlis. Tak sempat juga nak berkejar ke Sg.Buloh tu..Maaf yer AFMI..frust jugak..tapi apa nak buat..tuntutan tugasan si gewe CikMah perlu didahulukan.

Maka..ni lah majlis hari jadi Fatin & Fawzan..permata hati teman baik CikMah..SufiaAdam (kenal sejak darjah 1..sekelas di Naim Lilbanat) ..Meriah betul majlis..siap bertema biru putih plak..ocean gitu..

Seronok betul anak-anak CikMah..rasanya seperti ni pertama kali bawa mereka ke majlis sedemikian..tetapi..keseronokan mereka tersentap seketika dengan kehadiran pokcik Chicky..takut pulak..yang CikMah kompius tu, dulu Arsyad langsung tak leh dekat ngan makhluk sebegini..Huda dulu ok jer..tapi skang Huda plak yang terlebih seram..erm...perubahan lagi..





 


Yang paling best...dapat jumpa teman-teman sekolah dulu..seronok nya..kira merangkap mini reunion jugak la ni..seronok seronok seronok...sume dah remaja tua..tapi bila dah berkumpul, rasa cam kanak-kanak lagi..bahaya tuu..



Selamat Hari Lahir Fatin & Fawzan..Semoga jadi anak-anak soleh dan solehah..
permata hati Nik&Sufia

Saturday, April 23, 2011

Kursus Asas Menjahit Baju Kurung

Asalnya nak buat entry kelas menjahit ni..tup-tup ada event besar (Sheikh Sudais tu ler)..update alkisah Sheikh dulu lah..dan kembali ke tujuan asal...Semasa CikMah buat entry untuk Apa Nak Buat-2011, ada dikisahkan tentang belajar menjahit..nah sudah tiba masanya...9&10 April 2011 , CikMah mengikuti kelas menjahit anjuran Kak Yati dari TikFashion ..

Kursus Asas Menjahit Baju Kurung..diadakan di rumah CikMah..sewaktu CikMah mendaftar dulu (Januari), Kak Yati masih menawarkan khidmat kursus dari rumah ke rumah..Sekarang ni tak pasti pulak, kalau weekday ok kot..Kalau dilihat dari jadual Kak Yati, memang tak menang tangan..penuh je sepanjang minggu..dan sekarang dah anjurkan bengkel, ramai la boleh belajar nanti...

Awalnya, CikMah takut dan seram jugak nak memulakan kelas..Bak kata Kak Yati..mulakan dengan doa..erk..dah lama dah CikMah tak guna mesin jahit..kali terakhir masa Tingkatan 3, buat folio Kemahiran Hidup..CikMah juga langsung tak pernah belajar menjahit..sekadar di sekolah dulu je lah..tapi Kak Yati cakap, CikMah boleh..hmm...motivasi sket..Kelakar lak rasanya bila KaK Yati cakap, tekan pedal cam kereta..tapi jangan risau tekan pedal mesin jahit, tak ada lori kat depan..wakakaka...(coz CikMah dah berpeluh seram sejuk nak mula menjahit)

 
Hari 1 - Baju dah siap, kain dah potong

Mata Lalat - tapi mcm2 mata ada...mata dinosour pun ada..huhuhu


Jahit getah pinggang..mencabar..cam serabai jer..leh improve..


Hari 2 - Sket jer lagi..tang leher tu..ada sijil tu..
Misi seterusnya..beli kain..latih tubi..baru lah boleh mara step seterusnya..jom jom jom..yang penting nak hadam dulu cara potong, cantum..ok..nantikan perkembangan seterusnya..


p/s : terima kasih Kak Yati ..jauh datang sampai Gombak..banyak lagi nak berguru ngan akak..muah





Friday, April 22, 2011

Imam of Masjidil Haram Makkah, Sheikh Abdurrahman As-Sudais at IIUM Mosque, Gombak. -Siri2

Ehsan dari Ustaz Mohd Din melalui Bro.AwoPRO..
maka inilah antara gambar yang ditunggu-tunggu oleh Ayoh dan keluarga CikMah..
memula kita tengok Ayoh dulu ek..

Ahlan wasahlan Sheikh..(erk..apa agaknya yang Ayoh bisik kat Sheikh ya)
Menyambut ketibaan Sheikh Sudais
p/s : Ayoh senyum temeweh..sukar nak digambarkan gembiranya..Alhamdulillah

Thursday, April 21, 2011

Imam of Masjidil Haram Makkah, Sheikh Abdurrahman As-Sudais at IIUM Mosque, Gombak.

19-April-2011...CikMah terbaca wall FB teman sepejabat gewe CikMah, Abg Azmi namanya...statusnya...

InsyaAllah, Imam Masjidil Haram Dr. Rahman Sudais akan mengimamkan solat maghrib & Isyak di Masjid UIA Gombak malam ini, kalu teringin nak "feel" macam solat kat Mekah semua dijemput hadir- (confirmation dari pihak masjid setakat pukul 2 ptg tadi jika ada latest news akan di update)


CikMah pun dengan pantas YM Pokjak (abe sulung CikMah), bagitau maklumat ni..dan seperti yang dijangka dia memang amat excited..tujuannya, CikMah nak mintak dia bagitau Ayoh dan Wea jugak..Untuk pengesahan, CikMah selongkar wall Ustaz Din (jiran tetangga dan petugas Masjid UIA)..
SAH!!!! Maklumat tepat pada saat tu..Dengan pantas PokJak pergi angkat Ayoh Wea dan Mammy Julia terus ke UIA..mereka terus ke masjid...Alhamdulillah...sebaik tiba di masjid, Sheikh Sudais pun tiba.maka, dapatla Ayoh bersalaman dan berpelukan ngan Sheikh Sudais..CikMah amat berbesar hati (walau tak dapat p masjid) dan sebenarnya sebak bila Ayoh, Wea, PokJak, Mammy Ju, Atta dapat berjemaah bersama Sheikh Sudais...kata Ayoh, p Mekah pun tak dapat nampak kelibat Sheikh Sudais tu..
Alhamdulillah...Syukur pada Mu Ya Allah atas anugerah kesempatan yang amat berharga ni bagi kedua ibubapa ku...
Dan...Atta, tak bawa kamera...PokJak kata camera dia abis KODAK (abis bateri tuuu)...dan owner TAB, dok saf perempuan...ahahaha...amat gembira dan terkedu sampai tak tau nak buat apa...tak amik gambar pun..sedangkan pelajar-pelajar luar negara tak berhenti-henti bergambar....dah selesai majlis baru la perasan takda gambar pun..Ayoh dah duduk dalam bilik VIP pun tak bergambar...adeh la...apa kes...hanya ini yang dapat diselamatkan..sket je kelibat ayoh...




Tuuu Ayoh..baju hijau..ni video yang CikMah crop imej je..
Dan sekarang tugas gewe CikMah untuk kumpulkan gambar-gambar yang diambil dari teman-teman dia yang bawa kamera...Berbanyak terima kasih buat gewe CikMah, bawa Ayoh dan lelain, terutamanya bawa Ayoh masuk bilik VIP..Nanti kalau ada lagi gambar-gambar CikMah nak update lagi..buat kenang-kenangan..

Monday, April 18, 2011

IEEP S-Dev 2011 (family day daaa)

Tanggal 14.03.2011..

Lokasi : Sunway Lagoon

CikMah sekeluarga berangkat ke Sunway Lagoon sempena IEEP S-Dev 2011-Family Day anjuran Student Development UIAM (tempat kerja gewe CikMah tu)..Tahun-tahun sebelumnya, Family Day di buat di luar negeri..tahun ni, kat sunway lagoon..

CikMah suka sangat sebab tak payah nak pergi jauh-jauh..dan tempat tahun ni pun kira amat menyeronokkan bagi anak-anak...Dah terbayang keseronokan tu..bermula dengan pergi naik bas UIA (acara yang amat ditunggu oleh Arsyad)


Tiba kat Sunway, Huda dah tergedik-gedik nak terjun kolam...nampak air..tapi tunggu ye anak-anak, kena la ikut acara program..sesi pengenalan,ucapan alu-aluan Pengarah dan game anak-anak dan ibubapa.

Maka, selepas tu semua tukar uniform dengan pantas...moh kita terjun..Seperti biasa, CikMah yang jadi jurugambar..maka, CikMah lambat ler sikit terjun nya..seronok betul anak-anak sugus tu main air..

Jam 12.30 semua kena berkumpul balik..sesi bagi hadiah...dan makan-makan..huhuhu...amatlah susahnya nak pujuk Arsyad dan Huda rehat ni..nak mandi kolam..nak swimming..huhuhu..makan dulu anak-anak..Ummi dan Atta dah lapau..dan bila naik ke darat, semua wat muka protes..adeh


Selesai makan..solat..kita sambung misi lagi..CikMah bawa sugus-sugus ke zoo dan naik tren safari tu..mendapat bantahan juga dari mereka..ahahaha..nak swim lagi..tanak tengok crocodile, tanak tengok monkey...naik tren, tengok kolam lagi la dipujuk rayu ummi dan atta, nak pergi main air...sabau jer la..dan ini lagi muka protes.


Oleh itu...sambung main air balik..keluarga yang lain semua dah ke dry park..bergembira di sana..tetapi kami, masih di wet park..huhuhu...sebenarnya CikMah yang terkedu seketika kerana tak dapat ke game yang buleh menggugat adrenalin CikMah..takpela..lenkali datang lagi..hahaha..janji anak-anak happy...Jam 5.30, bas bergerak balik ke UIA...


Sebelum tu jom kita layan gambar-gambar yang diambil oleh Arsyad kat SUNWAY LAGOON...tarraaaa...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...